Sejarah Pentadbiran

Written by Super User. Posted in Uncategorised

 Sejarah pentadbiran Pejabat Daerah Baling bermula pada tahun 1852 apabila Kerajaan Negeri Kedah menempatkan seorang Penghulu bernama Hakim Mohd Bakhir Bin Mia Nasruddin untuk mentadbirkan Daerah Baling. Pada tahun 1908 seorang Pegawai Daerah bernama Che Ahmad Deli telah dilantik, maka bermulalah perubahan dalam corak pentadbiran dengan lebih meluas dengan diikuti oleh penempatan pejabat-pejabat kerajaan yang lain seperti Pejabat Tanah, Balai Polis, Sekolah Melayu, Pejabat Pos dan lain-lain lagi.

 
 
 Bangunannya yang pertama didirikan dengan bangunan kayu di kawasan Majlis Daerah Baling sekarang ini.Di dalam tahun 1955, Pejabat Daerah telah dipindahkan kesebuah bangunan kesebuah bangunan baru yang didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM125,000.00 dan disempurnakan perasmiannya oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Kedah pada 11 November 1955.
 
 
Sejak beberapa tahun lepas pejabat daerah yang lama didapati tidak dapat menampung perkembangan pentadbiran yang semakin berkembang. Oleh itu, perancangan telah dibuat untuk membina bangunan baru yang dapat mengatasi masalah yang dihadapi seperti kekurangan kemudahan, ruang pejabat yang semakin sempit dan tidak sesuai. Pihak Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak lebih kurang RM 2 juta untuk pembiayaan pembinaan bagunan baru Pejabat Daerah dan Tanah, pembelian alatan-alatan pejabat serta kemmudahan-kemudahan lain.Dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, maka bangunan ini telah pun direkabentuk dan dibina ditempat yang ada sekarang dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan lebih kurang RM 2 juta dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 7 Ogos 1989.

RSS

Scan QR KOD

 

Versi Mobile Web

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

224703
Hari IniHari Ini25
SemalamSemalam83
Minggu IniMinggu Ini406
Bulan IniBulan Ini1933
KeseluruhanKeseluruhan224703

Kemaskini

Tarikh
General update: 28-04-2016 06:39